Berdahan condong limau kasturi
Daun selasih hamba lurutkan
Tinggallah kampung tinggal negeri
kerana kasih hamba turutkan
Buah didarat didalam puan
dari kota dibawa orang
sebak didada mengenang tuan
air mata jatuh berlinang
*
hendak dirajuk pada siapa
hendak mengadu orang tak sudi
sedihnya hati tidak terkira
kasih junjungan tidak peduli
tuan umpama kain sutera
hamba belacu tidak berseri
tidak boleh diganding bersama
kabur seri rosaklah nilainya
Baiknya beri padi seberang
Sayangnya lalang tumbuh melata
Sakit kekasih hamba seorang
Badan terbuang hidup derita
Masamnya nenas dari permatang
Daun pandan tidak berduri
Mengharap panas hingga ke petang
Rupanya hujan ditengah hari
apalah guna kita bercinta
siang malam merintih menanti
apalah guna kita bersama
diri terbuang orang tak sudi
redhalah andai jiwa derita
esok mungkin tak lagi begini
redhalah andai bercerai cinta
kalau itu ketentuan budi
(ulang *)
(ulang *)
No comments:
Post a Comment